superperasan*actuallyhoho
i am super unique!
Knock Knock
know me better
This is how i roll on. The more you learn, the more you'll love!

dont stop
remind me of Allah.
Cbox here. < 200px.

Thanks!
remind me to learn, im fool.
Live without PRETENDING
Love without DEPENDING
Listen without DEFENDING
Speak without OFFENDING
Posted on
Saturday, May 21, 2011
kenapa aku tak dapat apa yang aku inginkan?

Assalamualaikum.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” surah al-baqarah, ayat 216.

Izinkan aku memulakan bicara untuk menghiasi ruangan kosong yang semakin bersarang didalam jiwa. Aku sedar, semua persoalan ada jawapannya. Hampir semua persoalan ada termaktub didalam al-qur'an. Ya, aku mengaku. Aku sedang memujuk hati yang duka nestapa akibat fail test jpj :(( <------------ tambah untuk lebih tragis. Hehe. Dulu waktu kawan aku update status kt facebook, "sedihnye hari ni fail test jpj :((( ". Aku fikir itu adalah sesuatu yang lawak. Aku dengan senang hatinya menge 'like' post tu. Bila dah terkena batang hidung sendiri baru lah aku memahami betapa perit dan jerihnya menghadapi situasi fail TEST JPJ. Kesilapan aku sangat mudah. Ketika di 3 penjuru, aku terlupa tukar gear. Sepatutnya kereta ke depan, aku ke belakang dek tak sedar gear masih lagi R. Sepatutnya aku masuk gear satu. Bagaimana pun, aku mesti redha sebab mak aku pernah bacakan buku untuk aku. Bunyi nya lebih kurang begini, "disaat manusia tak dapat menerima qada dan qadar, mempertikaikan, mempersoalkan serta merengus sebenarnya syaitan sedang bergelak ketawa". Kenapa? kerana jawapannya sudah jelas, surah albaqarah ayat 216. Jadi perlukah kita mempersoalkan rezeki yang tidak berpihak pada kita?

perlu beriman dengan ayat-ayat cinta Tuhan kepada hambaNya. Ya, aku mesti. Jika kita beriman dengan ayatNya, pasti kita akan bersabar dengan musibah serta mengambil pengajaran. Berkemungkinan besar berjaya ketika test jpj adalah tak baik bagi aku buat masa ini. Mungkin menimbulkan riak di dalam hati aku, atau mungkin jika aku dah dapat lesen aku akan kemalangan dan patah kaki. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Aku mesti bersangka baik dengan Allah. Aku bukan sesiapa. Aku cumalah hamba yang masih mengutip ilmu untuk bekalan diri sendiri. Renungkanlah dan selamat beriman dengan ayat-ayat cinta dari Allah.

p/s: Perhaps our eyes need to be washed by our tears once in a while, so that we can see Life with a clearer view again.